/

TEKNOLOGI DAN INOVASI

WELCOME

Monday, 27 May 2013

MODEL INOVASI DAN TEKNOLOGI


SPACAPSULE® CREATES DECUBITUS ULCER AND BED SORE RELIEF PROGRAMS


Diperkenalkan oleh Pasukan SpaCapsule Pakar perubatan di Miami pada 3 Jun 2008 untuk mengurangkan kesakitan dan mengelakkan kudis tekanan. Kudis tekanan sehingga kini masih lagi tidak boleh diatasi atau dikurangi daripada terjadi ataupun kudis tekanan akan bertambah teruk . Ini kerana,kurang kemahiran atau tidak mempunyai program khusus untuk menangani masalah ini. Spacapsule ini telah direka dan diuji oleh Doktor serta mendapat sambutan dalam perubatan alternative terutama penjagaan kesihatan. Oleh itu SpaCapsule ini telah dicipta untuk teknologi terkini dalam penjagaan kudis tekanan




PORTABLE DEFIBRILLATOR




Defibrilator rumah dikenali sebagai HeartGo. Tujuan teknologi ini berpotensi menyelamatkan nyawa apabila terdapat serangan jantung yang di kenali sudden cardiac arrest (SCA). Ia berfungsi dengan mengejutkan jantung agar kembali ke rentak normal. Terdapat arahan suara yang mengesan dan menyesuaikan tindakan yang perlu dilakukan malah menasihati kejutan jika ia dapat mengesan litium jantung shockable rhythm. HeartGo adalah satu rekabentuk yang ringkas dengan arahan yang mudah difahami serta terdapat audio dan visual. Contoh arahan lampu hijau menunjukkan bahawa sistem sudah siap dan para pengguna harus melihat setiap langkah yang perlu dengan selamat seperti mentadbir kejutan serta CPR kepada mangsa yang mendapat serangan jantung.




Electricity-Saving Box (ESB)




Electricitiy-Saving Box (ESB) menggunakan teknologi elektrik terkini dari Jerman untuk mengawasi dan memperbaiki penggunaan kuasa elektrik secara aktif. Sebagai tambahan, teknologi pintar ini akan membolehkan keperluan voltan dan arus elektrik digunakan secara optima, sekaligus mengurangkan tenaga aktif (KwH) yang seterusnya akan menjimatkan bil elektrik sehingga 40%. Alat pintar ini juga dapat bertindak sebagai penstabil voltan dengan menyimpan tenaga elektrik sehingga 10 saat yang dapat membekalkan alatan elektrik dengan arus yang stabil semasa tenaga elektrik tidak stabil (power surge). Ini akan seterusnya dapat menyelamatkan alatan elektrik dari rosak akibat arus elektrik berlebihan dan memanjangkan jangka hayat



TUNGKU ELEKTRIK




Produk ini diperbuat dari teknologi canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal kesihatan(tungku elektrik).Bahan fabric(tungku elektrik) bantal ini diperbuat daripada bahan anti-kuman/bacteria.Ia tidak berbau dan diisi dengan cecair berubat. Bantal ini amat bagus untuk tujuan mengelakkan artritis,Sikit mata,servikal vertebra, sakit kepala, sakit gigi, kepanasan badan, mengelakkan sakit leher, bahu, belakang, ,sakit tulang/otot reumatisme, sakit haid, perut , paling sesuai untuk perempuan lepas bersalin berpantang) dan lain-lain. Kelebihannya hanya cas dalam 5-8 minit dan boleh digunakan selepas itu selama 2 hingga 3 jam



ULTRASOUND’ TERKECIL




Alat ini adalah inovasi perubatan dari Medicals Signostic yang dikenali sebagai SIGNOS. Ia adalah ultrasound terkecil di dunia. Berat ultrasound ini kurang daripada 300gam dengan saiz sama seperti PDA. Ia menyediakan ultrasound cepat dan kos efektif yang menampilkan resolusi yang tinggi. Inovasi ini perlu ,untuk doktor kerana saiz yang kecil , unik , mudah di bawa dan boleh di simpan ke dalam poket . Mengandungi teknologi MotionScape dan Sector View dengan stetoskop dalaman (3.5MHz/7.5MHz). Menghasilkan imej resolusi tinggi dengan menggunakan kad memori microSD yang boleh menyimpan lebih 20,000 imej. Imej dan laporan boleh dicetak untuk analisis terperinci. SIGNOS ini akan menjadi perhatian yang besar dan sistem pemantauan pesakit yang jauh terutamanya di kawasan luar Bandar



Tanita BC-532 inner Scan Body Composition



Tanita BC-532 inner Scan Body Composition adalah salah satu alat penimbang yang terbaik pada zaman ini, penimbang ini menggunakan teknologi BIA (Bioelectric Impedance Analysis) yang sebelum ini hanya di gunakan untuk pengubatan profesional, Atlit Olahraga, dan, pusat kecantikan,
Alat ini dapat melakukan analisa pengukuran tubuh secara menyeluruh meliputi
  • Berat badan (Weight).
  • Kadar lemak (Body fat percentage).
  • Kadar air Dalam Tubuh (Body water percentage).
  •  Muscle mass
  •  physique rating
  • Daily Caloric Intake (DCI).
  •  Bone mass.
  • Metabolic age.
  • Visceral fat rating.



KATIL ROBOTIK





KATIL robotik yang boleh diubah menjadi kerusi roda adalah hasil ciptaan terbaru syarikat pengeluar barangan elektronik Panasonic.

SYARIKAT elektronik gergasi Jepun, Panasonic baru-baru ini telah mendedahkan ciptaan terbaru mereka iaitu katil robotik yang boleh diubah menjadi kerusi roda.
Katil robotik yang boleh berubah daripada katil kepada kerusi roda itu telah didedahkan menerusi foto.Ia membolehkan pengguna tetap berasa di atas katil atau kerusi roda ketika transformasi berlaku. Ia membuatkan kehidupan manusia lebih mudah terutamanya bagi warga emas dan orang kurang upaya.Jepun merupakan salah sebuah negara yang memiliki populasi warga tua terbesar. 




PERSONAL CELLULAR-DIGITAL ECG”- CardioSen’C



Baby Boomers telah menghasilkan satu lagi inovasi perubatan iaitu “Personal Cellular-Digital untuk buat pemeriksaan jantung pesakit yang dikenali sebagai ECG. Ia mempunyai pemancar yang boleh menghantar maklumat ke pusat perubatan untuk tujuan diagnosis terpencil seperti iskemia, aritmia, dan miokardium.(arrhythmia, ischemia, and myocardial infarction). ECG akan di analisis oleh para professional perubatan dan dapat member bantuan perubatan jika perlu. Peralatan ini dapat membantu untuk mengurangkan kadar morbidity dan kematian akibat serangan sakit jantung atau insiden jantung yang lain. Ciri-ciri adalah penghantaran maklumat yang baik hanya dalam masa 3 saat iaitu kadar penghantaran yang lebih cepat.



BLOOD PRESSURE MONITOR (monitor Tekanan Darah)





Alat Tekanan Darah ini dikenali sebagai Medix Automatik Monitor yang mudah untuk mengambil dan mengukur tekanan darah serta bacaan nadi kepada pesakit/sesiapa yang memerlukannya. Bacaannya adalah lebih selesa setiap kali mereka mengambil tekanan darah. Produk ini mengunakan wayarles. Oleh itu , Alat ini boleh memantau pengguna dan boleh dimuat turun kepada unit utama serta boleh di simpan ke dalam sistem memori. Maklumat ini boleh dimuat turun atau di hantar kepada doktor melalui USB, internet, telipon atau SD kad. Dengan adanya peralatan yang terkini ini tindakan segera dapat dilakukan oleh penjaga.







AB Rocket Blue





Satu inovasi terkini dapat membantu anda untuk melakukan senaman 'Sit Up' dengan mudah. Dengan AB Rocket anda tidak perlu gusar tentang perut anda yang buncit kerana ia dapat membantu mengempiskan perut anda. Tidak perlu menunggu masa yang lama untuk mendapat bentuk badan yang ideal.

Mudah dibawa dan disimpan.
Satu produk yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja


No comments:

Post a Comment